2 hari di Singapura

hai :) Its been 2 days and 1 night since i left home. Bukan pergi mana pun, mula2 gi JB, check in hotel sana sebab murah la compare dengan Singapore. Lepas melepak seharian kat sana, pagi2 lepas breakfast kitorang pecut terus masuk S'pore. Berbekalkan RM600 yang dah diconvertkan menjadi 200 dolar S'pore tu kitorang pun memulakan pengembaraan. First day kitorang masuk dekat Jb sentral, balik pun ikut situ jugak. Tapi untuk 2nd day, kitoraang masuk JB sentral tapi kua kat Gelang Patah. Aku baru tau rupa2nya ada 2 entrance nak masuk S'pore, hehe.

So ape yang best sangat S'pore yang mahal nak mampus ni?

Kalau ikutkan hati, nak je aku kata S'pore ni sama je macam Mesia, duit je besar. Tapi tak boleh, aku tak mampu untuk buat statement tu sebab kita memang ada banyak sangat perbezaan. Perbezaan yang sangat ketara. Sangat sangat. Singapore sangat bersih. Kalau kita nak masuk toilet kat Mesia mesti teragak2 nak bernapas kan? Well, kat sana tak. Aku rasa nak bukak kasut pu boleh dalam toilet diorang. Mesti korang cakap "ala ade je toilet kita yang bersih." true, tapi kat sana almost or maybe all toilet are clean. Aku tak jumpa lagi lipas dalam semua toilet yang aku pergi. Jalan diorang tak rosak dan takde sampah. Masa hari first aku kat sana, aku naik bas. Dan aku usha2 la jalan dari dalam sememtara nak sampai. Boleh dikatakan sepanjang jalan tu aku jumpa 3 je sampah. Bukan 3 sampah yang terkumpul kat satu tempat, tapi satu means satu benda. Mcam, satu plastik, satu batang ais krim, satu payung. Haa camtula, sikit gila. Masa jumpa sampah tu kat tepi jalan aku ngan akak aku gelak2. Jalan diorang takde tol. Hari ke2 aku travel naik kereta, sepanjang2 tu tak pernah pun aku kena tol. Rasa funny, kat Mesia asek nak bertol je. Tapi servis tah pape jugak. Duit tol pun kena songlap jugak ke? Genius.

Aku suka kebersihan Singapore. Mana datang kesepaduan ni? MENTALITI. Yes, mentaliti negara maju dan jugak UNDANG2 YANG BERKESAN. Kita bila lagi? Aku tak sabar.
Tempat2 yang aku lawat dan perlu korang lawat jugak bila datang sana.

Hari pertama aku sangat kelam kabut sebab naik bas dan train. Penat gila sampai rasa nak pengsan je kat mana2. Tak sanggup dah. Tapi bukan selalu kan, so gagahkan jela. Mula kitorang pergi VIVO CITY then terus ke MARINA BAY. Ada apa kat sana? Ada shopping mall. Haha. kalau ada banyak sangat duit taktau nak buat ape boleh la pegi sana. hehe. .Aku? Aku tak, aku window shooping je. hehe. .Cantik mall diorang, sirius. Masa aku pergi tu hujan, tak dapat nak jalan sangat. Kalau tak hujan mungkin lebih best kot. Lifestyle camne kat sana? Well, permandangan ala ala KL jugak. Perbezaan mungkin pada kebersihan, landmark dan komuniti. Biulding kat sana memang ossem, terutama kat MARINA BAY. Smart gilo. When i say komuniti, what i meant is the people living there. Almost like Mesia, Spore penuh dengan pelbagai bangsa jugak. Ada cina, india, few malays dan mat saleh. Indonesian pun ramai jugak. Tapi yang stok Bunga Cinta Lestari ngan husband dia. HAHA, sirius. Bangla? TAKDE! Oke tu best gila. Kalau ade pun yang kaya punya. Datang melancong. Tukang sapu kat sana ade yang cina jugak, dan hensem oke. Fuh, kasut takleh bla. Kemas gila.

ZOO SINGAPORE DAN NIGHT SAFARI. You have to come here, aku tak sempat pegi zoo sebab aku sesat naik bas ngan train. Aku sempat gi Night safari je. Tapi tempat dia dekat. Zoo kat seblah je. Night safari sangat fun dan worth it. Kita akan naik tram masa kat sana, dan lalu hutan. Masa tula boleh nampak semua binatang2. Ape yang bestnye ialah binatang tu tak disangkar dan sangat hampir dengan tram. Dekat gila, ade satu masa tu, kerbau tu menjulur kepala kat kitorang, mintak lempang la kot. Tapi yang tak best mungkin bila binatang tu tido je. Dan jugak kegelapan malam yang amat sangat sampai takleh nak amek gamba. Yang lain suma best. Kalau nak lagi dekat dengan binatang2 boleh je turun tram kat stop dye, dan jalan ikut laluan yang disediakan. Ade gua la apela, macam2. Macam fun gila tapi family aku sume dah nak pengsan sebab dari pagi berjalan. Before naik tram dan pusing hutan kitorang disajikan, eceh, ekhem. .kitorang disajikan dengan persembahan binatang. Macam dalam zoo biasa buat. Tapi ni malam, ade spotlight sume. Cool doh, start2 ade wolf awuuuuuuuu! tu. hahahaha. .Lepas tu ade show api pulak. ade la beberapa mamat tak berbaju, bercawat men api. Gagah gila, tak gerak aku tengok. hehehehehe. Tambah tolak semua benda, kitorang balik hotel pukul1 pagi. Pengsan.

UNIVERSAL STUDIO.

This is the coolest place i have ever step in. Siriusli, sangat fun. Fuuuhh. . nak sampai sana susah gila. Disebabkan kitorang dah tak larat nak naik turun bas, dan tunggu bas macam orang ngeng, kitorang decide 2nd day nak naik kereta. Lantak la mahal ke sesat ke. Atlist dalam kereta. Dan yes, kitorang sesat, dan yes, parking mahal. Mahal bila convert la, tapi worth it je aku rasa. Ape yang best kat sana? SEMUA. Tapi ade 3 benda yang korang wajib buat/pergi masa kat sana.

1. Camera action by Steven Spilberg. *aku malas nak cek spelling*
Kat dalam ni ade satu set pegambaran. Scene ribut. Kita akan berada kat dalam set tu dan nati akan ade org cakap ACTION. Then scene tu akan berjalan la. Ribut, api, meletup2, set runtuh. Everything yang jadi dalam muvi. Rasa real sangat. WAJIB MASUK.

2. Waterworld.
Yang ni aku tak masuk pun. Tapi mama ngan ayah masuk. Bengang gila tapi sabar jela. Kitorang split masa tu, nak carik barang. Lepas nak beli barang semua kitorang pun carik la mama ngan ayah balik, tapi takde. Diorang gi tengok show. .Heh Lepas dia balik tu macam2 la dye citer. Best gila mendengarnye. Haish, kena pegi lagi ni

3. Roller coster kat sci-fi.
Bak kata OBE, senggama minda habes. Walupun cuak nak mampus, tapi aku jerit+gelak2 macam orang gila. Ngero but at the same time is very very funny and amusing. Ayah tak puas hati bila kitorang kata roller coater tu lawak. HAHA


Pening tak ilang lagi. Haish, ade banyak lagi ak nak citer tapi aku tak larat nak tengok lappy ni lama2. Nanti la aku sambung. Entry ni aku tak letak gamba langsung sebab tak transfer lagi. Next time aku edit balik dan letak gamba yang patut. sorry. .Nak tengok TV dan relaxkan badan dan minda lagi. Pening nak mampus, tapi fun. :DD

♥ ps: baru sehari balik da dengar citer tak sedap dah. GAMBIT? Aku baru tengok vclip tu. WTFish-and-chips habis.