ddada

assalamualaikum

First of all, kalau ada sesiapa yang jumpa post ni sebab nak cari nasihat ataupun sebab nak cuba faham apa yang berlaku masa keguguran, i'm sorry..it must be because you are experiencing this too, or expecting that you are. Apa pun yang orang cakap, ingatlah yang berapa pun umur kandungan kita, keguguran tetap rasa macam kehilangan cahaya mata. Takda siapa pun boleh cakap yang kita tak sepatutnya sedih. Hang in there, tapi jangan pendam perasaan..let it out then maybe you'll feel much better.

Umur dan kesihatan parents banyak mempengaruhi keadaan kandungan. Kalau jumpa dokter pun, itu lah soalan yang akan ditanya. Umur, ada kencing manis tak, masalah kesihatan, sejarah penyakit keluarga, suami merokok atau tak..sediakan jawapan siap-siap ok. Tapi keguguran boleh berlaku tanpa sebab; sihat atau tak, tua muda, sains tak semestinya dapat jelaskan punca keguguran. Jadi jangan fikir terlalu banyak kenapa kita gugur, kita tak semestinya akan dapat jawapan..terutamaya untuk keguguran masa trimester pertama. 

Ada orang akan cuba salahkan kita dan tanya kita macam-macam, tapi biarkan..percayalah yang kita tak buat silap. Ini semua takdir Allah dan tugas kita adalah untuk redha, bersyukur, dan percayakan takdir yang Allah sediakan adalah yang terbaik untuk kita. Sediakan diri untuk langkah seterusnya, kuatkan semangat dan jangan putus harapan. Anak adalah rezeki Allah, dan anak juga adalah tanggungjawab. Anak boleh bawa kita ke syurga, dan anak juga boleh bawa kita ke tempat yang gelap dan menyiksakan. 

Rezeki adalah pemberian Allah. Bukan lah tugas kita untuk mengecam rancanganNya dan berkira dengan rezeki yang diberi. Manusia selalu buat silap. Mungkin kita terlepas pandang rezeki sebagai beban, dan tersalah anggap beban itu suatu pemberian hadiah yang kita minta-minta. Orang yang percayakan Allah, dia takkan murung, takkan berhenti berharap, dan dia lah orang yang paling kuat.


Ok i wanna help you as much as i can. So let me tell you about my story, i will summarize all the details here. Ini akan jadi post terakhir pasal keguguran. Tapi kalau ada benda yang korang nak tau lebih atau perlukan sokongan dan comfort, just comment..i'll reply as soon as possible. :)

Umur : 25 tahun
Kesihatan : Baik
Tinggi/Berat : 156/52
Umur suami : 25 tahun
Kesihatan : Baik (tidak merokok)
Jenis keguguran : Missed miscarriage
Umur kandungan sebelum maklumat keguguran : 12 minggu
Umur kandungan semasa tiada degupan jantung : 10 minggu (saiz kantung)
Tanda-tanda keguguran : Pendarahan ringan, tidak sakit

Tindakan yang diambil selepas dimaklumkan kandungan tiada degupan jantung

  1. Menjalani pemeriksaan keesokan harinya (trauma dan kecemasan HSAJB)
  2. Diberi waktu menunggu 2 minggu sebelum tindakan seterusnya
  3. Dijadualkan untuk bertemu doktor gynecology 2 minggu kemudian
  4. Gynecologist mengesahkan keguguran
  5. Diberi pilihan menggugurkan kandungan secara natural atau surgical (s&c)
  6. Memilih s&c dan dijadualkan masuk wad 2 hari seterusnya (ditentukan pesakit)
  7. Masih belum ada tanda-tanda keguguran, tidak sakit
  8. Dijadualkan s&c pada pukul 6 petang dan disuruh berpuasa
  9. Dokter mencadangkan menunggu untuk keguguran natural sebelum s&c
10. Diberi ubat memalui faraj untuk melembutkan dinding rahim (kot, tak ingat)
11. Pendarahan dan sakit di bawah perut bermula beberapa jam kemudian
12. Cebisan tisu dan gumpalan darah mula keluar sedikit demi sedikit
13. Kesakitan yang amat sangat (contractions) dan tumpah darah
14. Ketulan besar tisu mula keluar dan disambut dokter (dalam keadaan baring macam bersalin)
15. Sakit beransur hilang
16. Dokter melakukan scan terakhir sebelum mengesahkan complete miscarriage
17. Semua kandungan keluar dan rahim kembali seperti asal (menurut dokter)
18. Daftar keluar hospital pada hari yang sama, malam

Sebelum ni aku bersungguh nak buat s&c. Aku fikir lebih baik daripada menunggu dan lebih selamat sebab confirm takkan ada baki yang tertinggal. Kalau ada baki tertinggal dalam rahim lepas gugur, infection boleh berlaku. Infection boleh sebabkan ketidaksuburan, so careful ladies. Tapi rupa-rupanya, buat surgical abortion pun masih belum tentu semua kandungan akan keluar. Ada patient kena buat s&c beberapa kali. Not to mention, ada risiko untuk dinding rahim luka dan jangkitan. Tapi jangan risau, kalau nak buat s&c ataupun surgical prosedure lain, semuanya akan dibuat oleh dokter pakar jadi risiko sangat rendah.

Glad i didn't have to go through this

Lepas keluar hospital, aku tak rasa sakit cuma penat dan mengantuk. Pendarahan pun dah berhenti, jadi kitorang decide untuk balik rumah mama dekat Batu Caves esok pagi untuk pantang. Aku sebenarnya tak rasa aku perlu pantang sangat tapi aku taknak melawan, jadi aku ikutkan je. Perjalanan ok, tak ada rasa sakit tapi lepas sampai aku start bleed macam period. Bezanya ialah warna darah. Jadi lepas gugur selalu alert warna darah. Kalau merah maksudnya darah fresh, terus pergi hospital atau klinik untuk check.

Lepas keguguran, kalau nak berpantang ikut lah pendapat masing-masing. tapi sentiasa alert dengan apa-apa yang keluar dari faraj. Sentiasa tengok dan check, please, check. Kalau ada lendir berbau ataupun darah merah ada kemungkinan masih ada baki dalam rahim ataupun terkena jangkitan. Antara benda penting yang perlu kita alert:

1. Sakit 

Lain badan lain perangai. Aku tak sakit sebelum dan selepas gugur. tapi tu tak bermaksud yang aku tak ada masalah. Tapi kalau sakit biasanya memang ada masalah jadi jangan lengah, terus jumpa dokter. Bila fikir balik baru aku perasan yang aku sebenarnya rasa sakit bawah perut masa bersin. So kalau ada rasa macam tu, try scan just in case.

2. Pendarahan

10 hari lepas keluar hospital baru aku tahu yang sebenarnya masih ada baki dalam rahim aku. Masalahnya ialah aku tak rasa sakit, kecuali masa bersin itu pun tak sakit sangat sebab tu tak dapat detect awal. 10 hari kemudian, aku bleeding dengan sangat teruk. Kalau lepas gugur berlaku pendaharan berat, satu pad basah lencun tak sampai sejam itu maksudnya berat walaupun tanpa rasa sakit. Terus jumpa dokter dan scan untuk periksa keadaan rahim.

3. Demam

Demam merupakan antara tanda awal infection. Kalau rasa demam, tak kira lah seminggu atau 2 minggu selepas keguguran kena pergi check darah untuk eliminate chances of infection. Ini sangat penting sebab kalau kena infection, ada risiko yang sistem peranakan kita akan kena jangkitan dan tak boleh mengandung lagi. So walaupun demam sikit, check je..maybe tanda-tanda awal kan. Lebih baik susah sikit dari kena musibah lain.

Ok sekian. Itu je yang mampu aku kongsi. Kita kena banyak membaca untuk sediakan diri. Baca banyak-banyak, tak kisahlah buku medical, forum, ataupun baca pengalam orang lain dekat blog (ekhem). Tapi kena ingat, kalau baca pengalaman orang kita kena hati-hati sebab ada kemungkinan maklumat tak tepat especially pengalaman orang yang tak ada background medical macam aku. Kena ingat jugak yang walau banyak mana kita baca, itu tak dapat menggantikan kepakaran dokter. Kita baca untuk sediakan diri kita dengan semua kemungkinan. Jadi bila jumpa dokter kita tahu apa yang nak ditanya. Jangan sesekali rasa kita tahu lebih dari dokter ok.

♥That is all. Semoga dapat membantu. Hugs and kisses

2 hari di Singapura

hai :) Its been 2 days and 1 night since i left home. Bukan pergi mana pun, mula2 gi JB, check in hotel sana sebab murah la compare dengan Singapore. Lepas melepak seharian kat sana, pagi2 lepas breakfast kitorang pecut terus masuk S'pore. Berbekalkan RM600 yang dah diconvertkan menjadi 200 dolar S'pore tu kitorang pun memulakan pengembaraan. First day kitorang masuk dekat Jb sentral, balik pun ikut situ jugak. Tapi untuk 2nd day, kitoraang masuk JB sentral tapi kua kat Gelang Patah. Aku baru tau rupa2nya ada 2 entrance nak masuk S'pore, hehe.

So ape yang best sangat S'pore yang mahal nak mampus ni?

Kalau ikutkan hati, nak je aku kata S'pore ni sama je macam Mesia, duit je besar. Tapi tak boleh, aku tak mampu untuk buat statement tu sebab kita memang ada banyak sangat perbezaan. Perbezaan yang sangat ketara. Sangat sangat. Singapore sangat bersih. Kalau kita nak masuk toilet kat Mesia mesti teragak2 nak bernapas kan? Well, kat sana tak. Aku rasa nak bukak kasut pu boleh dalam toilet diorang. Mesti korang cakap "ala ade je toilet kita yang bersih." true, tapi kat sana almost or maybe all toilet are clean. Aku tak jumpa lagi lipas dalam semua toilet yang aku pergi. Jalan diorang tak rosak dan takde sampah. Masa hari first aku kat sana, aku naik bas. Dan aku usha2 la jalan dari dalam sememtara nak sampai. Boleh dikatakan sepanjang jalan tu aku jumpa 3 je sampah. Bukan 3 sampah yang terkumpul kat satu tempat, tapi satu means satu benda. Mcam, satu plastik, satu batang ais krim, satu payung. Haa camtula, sikit gila. Masa jumpa sampah tu kat tepi jalan aku ngan akak aku gelak2. Jalan diorang takde tol. Hari ke2 aku travel naik kereta, sepanjang2 tu tak pernah pun aku kena tol. Rasa funny, kat Mesia asek nak bertol je. Tapi servis tah pape jugak. Duit tol pun kena songlap jugak ke? Genius.

Aku suka kebersihan Singapore. Mana datang kesepaduan ni? MENTALITI. Yes, mentaliti negara maju dan jugak UNDANG2 YANG BERKESAN. Kita bila lagi? Aku tak sabar.
Tempat2 yang aku lawat dan perlu korang lawat jugak bila datang sana.

Hari pertama aku sangat kelam kabut sebab naik bas dan train. Penat gila sampai rasa nak pengsan je kat mana2. Tak sanggup dah. Tapi bukan selalu kan, so gagahkan jela. Mula kitorang pergi VIVO CITY then terus ke MARINA BAY. Ada apa kat sana? Ada shopping mall. Haha. kalau ada banyak sangat duit taktau nak buat ape boleh la pegi sana. hehe. .Aku? Aku tak, aku window shooping je. hehe. .Cantik mall diorang, sirius. Masa aku pergi tu hujan, tak dapat nak jalan sangat. Kalau tak hujan mungkin lebih best kot. Lifestyle camne kat sana? Well, permandangan ala ala KL jugak. Perbezaan mungkin pada kebersihan, landmark dan komuniti. Biulding kat sana memang ossem, terutama kat MARINA BAY. Smart gilo. When i say komuniti, what i meant is the people living there. Almost like Mesia, Spore penuh dengan pelbagai bangsa jugak. Ada cina, india, few malays dan mat saleh. Indonesian pun ramai jugak. Tapi yang stok Bunga Cinta Lestari ngan husband dia. HAHA, sirius. Bangla? TAKDE! Oke tu best gila. Kalau ade pun yang kaya punya. Datang melancong. Tukang sapu kat sana ade yang cina jugak, dan hensem oke. Fuh, kasut takleh bla. Kemas gila.

ZOO SINGAPORE DAN NIGHT SAFARI. You have to come here, aku tak sempat pegi zoo sebab aku sesat naik bas ngan train. Aku sempat gi Night safari je. Tapi tempat dia dekat. Zoo kat seblah je. Night safari sangat fun dan worth it. Kita akan naik tram masa kat sana, dan lalu hutan. Masa tula boleh nampak semua binatang2. Ape yang bestnye ialah binatang tu tak disangkar dan sangat hampir dengan tram. Dekat gila, ade satu masa tu, kerbau tu menjulur kepala kat kitorang, mintak lempang la kot. Tapi yang tak best mungkin bila binatang tu tido je. Dan jugak kegelapan malam yang amat sangat sampai takleh nak amek gamba. Yang lain suma best. Kalau nak lagi dekat dengan binatang2 boleh je turun tram kat stop dye, dan jalan ikut laluan yang disediakan. Ade gua la apela, macam2. Macam fun gila tapi family aku sume dah nak pengsan sebab dari pagi berjalan. Before naik tram dan pusing hutan kitorang disajikan, eceh, ekhem. .kitorang disajikan dengan persembahan binatang. Macam dalam zoo biasa buat. Tapi ni malam, ade spotlight sume. Cool doh, start2 ade wolf awuuuuuuuu! tu. hahahaha. .Lepas tu ade show api pulak. ade la beberapa mamat tak berbaju, bercawat men api. Gagah gila, tak gerak aku tengok. hehehehehe. Tambah tolak semua benda, kitorang balik hotel pukul1 pagi. Pengsan.

UNIVERSAL STUDIO.

This is the coolest place i have ever step in. Siriusli, sangat fun. Fuuuhh. . nak sampai sana susah gila. Disebabkan kitorang dah tak larat nak naik turun bas, dan tunggu bas macam orang ngeng, kitorang decide 2nd day nak naik kereta. Lantak la mahal ke sesat ke. Atlist dalam kereta. Dan yes, kitorang sesat, dan yes, parking mahal. Mahal bila convert la, tapi worth it je aku rasa. Ape yang best kat sana? SEMUA. Tapi ade 3 benda yang korang wajib buat/pergi masa kat sana.

1. Camera action by Steven Spilberg. *aku malas nak cek spelling*
Kat dalam ni ade satu set pegambaran. Scene ribut. Kita akan berada kat dalam set tu dan nati akan ade org cakap ACTION. Then scene tu akan berjalan la. Ribut, api, meletup2, set runtuh. Everything yang jadi dalam muvi. Rasa real sangat. WAJIB MASUK.

2. Waterworld.
Yang ni aku tak masuk pun. Tapi mama ngan ayah masuk. Bengang gila tapi sabar jela. Kitorang split masa tu, nak carik barang. Lepas nak beli barang semua kitorang pun carik la mama ngan ayah balik, tapi takde. Diorang gi tengok show. .Heh Lepas dia balik tu macam2 la dye citer. Best gila mendengarnye. Haish, kena pegi lagi ni

3. Roller coster kat sci-fi.
Bak kata OBE, senggama minda habes. Walupun cuak nak mampus, tapi aku jerit+gelak2 macam orang gila. Ngero but at the same time is very very funny and amusing. Ayah tak puas hati bila kitorang kata roller coater tu lawak. HAHA


Pening tak ilang lagi. Haish, ade banyak lagi ak nak citer tapi aku tak larat nak tengok lappy ni lama2. Nanti la aku sambung. Entry ni aku tak letak gamba langsung sebab tak transfer lagi. Next time aku edit balik dan letak gamba yang patut. sorry. .Nak tengok TV dan relaxkan badan dan minda lagi. Pening nak mampus, tapi fun. :DD

♥ ps: baru sehari balik da dengar citer tak sedap dah. GAMBIT? Aku baru tengok vclip tu. WTFish-and-chips habis.

huiuguig

halajdcbivnhsagheru vjauiar hah a
jahdoea vhyuehr uahr ila
hiovhbajbkdaklhjrvapj viie

\huiagruabbvhoiahdfaosuhfubf a
uhauhguenjfak huaeoh fuao nhao
hufao h haeouha hfaoaf jmaiiajp